Isnin, 29 Mac 2010

Rindu sepi

Malam tadi cerita sepi
Rumah kosong penghuninya aku
Nun di hujung langit ku lihat bulan
Berteman jutaan bintang
Buat aku lagi hiba
Aku tanpa siapa-siapa .

Resah ku di tiup bayu malam
Embun berderai di luar jendela .

Hari ini di tengah kesibukan kota
Panas matahari bersama suara jentera
Berdayung di lautan manusia
Minda jadi bergelora
Aku menjadi rindu
Rindu sepi yang semalam .

Lalu timbul tanda tanya
Apa sebenarnya aku mau
Aku jadi keliru .







Tiada ulasan: